Pages

Thursday, December 30, 2010

doakan saya selamat sampai

esok pagi, kol 9.00 a.m nak naik bas..sudah sampai masa untuk balik shah alam..
masa untuk kembali menyibukkan diri sebagai seorang student..
tapi.. aku takot gak nak naik bas express ni..ye la kan.. sekarang asyik accident je.. huhu..
hopefully xde pape yang jadi.. dan aku n usu aku selamat sampai..
AMIN

pst : tahniah kepada pasukan bola sepak negara.. walaupun aku x tengok semalam, tapi aku tetap bangga dengan kamu semua.. kekeke..

:: x sabar nak g makan ddobukki ngan angah kat mid valley.. :)

Wednesday, December 29, 2010

1st Lucky Draw by Misz Nana

ok.. IEMA tag aku suh join.. senang je bende ni.. hehe..

mula-mula, kena letak banner dulu..



after that, tag membe korang.. aku nak tag budak ni --> mashyentah

siap.. hehehe.. :)

:: x pernah menang ape-ape cabutan bertuah selama hidup ni.. huhu..

sepetang di tali air


korang semua taw kan aku sekarang ni dok kat kampung aku di perak.. ok.. kalau yang x taw tu, aku dok sini dah bape hari dah.. balik sebab uda aku kawen.. aku suka balik kampung.. sebab dok kampung best.. petang- petang, leh makan colek a.k.a rojak buah.. kat belakang umah atok aku ada pokok pelam besar.. buah pun banyak.. so, kalau sape-sape mengidam nak makan pelam, meh la datang kampung aku.. leh makan rojak.. ngeh..ngeh..ngeh..

kat belakang umah atok tu, ada bendang (sawah).. waktu aku kecik-kecik dulu, selalu maen kat sana.. g mengail ikan, tangkap belut, maen tarzan kat pokok nyok ( pokok kelapa), berenang-renang dalam tali air a.k.a parit.. pendek kata, zaman kecik-kecik adalah zaman yang menggembirakan.. bendang tu dekat je taw kat umah.. bukak je pintu, dah nampak bendang.. seberang je titi dah leh g maen-maen kat bendang.. waktu aku kecik- kecik dulu, aku n the gang selalu buat-buat selipar jatuh dalam parit.. sebab nnt leh pura-pura nak cari selipar dalam parit.. padahal maw berendam dalam parit tu.. air yang elok je kaler dia leh jadi keruh bila aku n the gang seramai 6 org berendam dalam parit tu.. kekeke.. pernah time maen tarzan, aku langgar pokok nyok.. pastu buat-buat pengsan.. cam bongek kan..hahaha..

so, ada satu petang tu, sebab dah lama x maen kat sawah kan, aku pun cam agak kemaruk la nak g sana.. so, aku , mak usu n mak uda pergi la bendang.. konon-kononnya nak g tangkap ikan.. hehe..sangat-sangat seronok..rasa nak terjun je dalam parit tu..


gambar ni amek kat pintu dapur je.. bendang dekat sangat ngan rumah.. angin petang kat bendang sangat nyaman k.. :)


mula-mula kena cari port ikan duduk dulu.. pastu baru masukkan jaring tu slow-slow.. ( jaring ke nama dia? ntah.. aku x taw..)


ANGKAT!! * tapi x de ikan pun.. tengok la jaring tu.. dah berlubang dah pun*


ikan yang berjaya menjadi mangsa.. hahaha..


banyak taw.. maybe dalam gambar ni je x nampak banyak.. tapi, xde ikan sepat.. kalau x, goreng pon sodap..

pst : ari ni afiq berak kat luar rumah.. ape nak jadi la budak ni.. hahaha..

:: saya cuma gadis kampung..  :)


Tuesday, December 28, 2010

missing u




I miss everything about you

Can't believe that I still want you

And after all the things we've been through

I miss everything about you


:: maaf.. mood tengah weng.. :'(



Monday, December 27, 2010

afiq yang ganas

aku ada seorang sepupu.. nama dia afiq.. umur dia baru 4 tahun.. tapi dia sangat-sangat 'cergas' atau dalam erti kata sebenar AMAT BUAS..

afiq ni kan, dia leh maen je 24 hours.. tu pun nasib baek dia kena tdo.. kalau x, mst dia akan meloncat, melompat, berlari atau pun memanjat.. sejak aku dok perak ni, memang aku kira jadi mangsa dia la..dia nak panjat ke, nak ape ke, dia maen bantai je.. x kira sape dah.. dia ni jenis x makan saman.. kalau mak atau ayah dia pukul baru dia diam + menangis.. pastu mula la bising satu rumah..satu lagi, afiq ni jenis suka g berak senyap-senyap dalam tandas.. pastu keluar pakai seluar balik.. x basuh berak.. adoi la.. mane la ko blajar semua ni budak..aku pun x pernah buat gitu..hahaha..

ok.. sekarang masa untuk perkenalkan afiq.. budak buas..


time ni dia maen ngan anak kucing.. dia kepit kucing tu kat dagu dia..pastu, dia angkat guna dagu.. dia mmg suka sangat ngan kucing.. sampai ada sekor kucing tu dia kasi nama afiq.. hahaha..


nasib la ko kucing.. kenal ngan afiq ni..

kawen lagi..

dah dua hari aku bercuti dari dunia intenet ni..aku sibuk sikit la..kali ni,majlis kawen kat umah keluarga lelaki pulak.. kat perak.. kampung kesayangan aku..ok..macam biasa..entry bergambar je k.. malas den nak cite panjang..hehe.. satu lagi den nak pesan.. sila abaikan gambar-gambar aku yang nampak gemok dan hitam itu ye.. sape kutuk aku belasah.. kameha meha.. hahaha..


before pengantin sampai, baek aku posing habis-habis kt pelamin ni dulu..mane taw dpt berkat nnt..kekeke..


haha.. posing ni sepatutnya pengantin yang buat.. tp,memandangkan kami belom mempunyai partner, kira aci la tu..


gambar ni, adik aku amek..dia ingt dia photograper..amek gmbar celah-celah bunga telur gitu..


aku ngan my little sister.. sape nak ngorat..? hahaha..


kali ni,bergambar dengan mama , mak njang n adik lak..


ok.. gambar ni ak nampak gemok..mmg gemok pn..haha..


poyo x saya..? wee.. :D


suka sgt gambar ni.. hehe.. cantik kan..? kn..? ^.^


dgn mak usu aku..kitaorg kalau jumpa mmg cmni.. gedik byk..harap maklum..


tgk.. siap kena angkt kotak taw.. berat tu..smpi hati dorg tgk je gadis-gadis ni angkat berat..huhu..


ni adik aku punya idea..amek gmbr dari blakang..dia x taw ke aku gemok dari blakang!


ok..sekarang masa untuk kacau pengantin makan.. hahaha..


letak tanduk kat uda.. lalala..dah besar panjang dah ko kan..kawen dah pun..hahaha..


aku + uda


aku ngan ayah pengantin pmpn..ayah dia y ajak bergambar k..



ni gambar betol punya k.. aku mmg ngah senduk nasi.. untuk meja pengantin.. bukan buat-buat banyak keje maa..


dah siap isi nasi..kena posing dulu kan..? hehe..




halamak.. hitam nya haku.. lalala..


aku taw gmbr banyak aku syok sorang..gambar pengantik kurang..tapi,ada aku kisah..? haha..
selamat pengantin baru uda..
semoga berbahagia k.. nnt aku kawen taun depan, ko lak kena tolong-tolong aku.. hahaha..



Friday, December 24, 2010

contest aksi gambar freestyle epalgreen.blogspot.com



kena tag kat zanoox..ni paksa ila buat ke ni..? kekeke.. first time ni masuk contest..

cam biasa.. kena copy banner dulu kan..


ok.. inilah gambar-gambarnya..


gambar ini menarik kerana kitaorang sama-sama berpakat pakai baju hitam..sambil cuba merenung masa depan yang jauh..*poyo ayat aku*..keke..


gambar ini menarik kerana ni gambar candid..masing-masing x bersedia..dua tiga kerat je yang sedia..tp gambar ttp jadi cun..keke..


gambar ini menarik kerana kami buat gaya ultraman..yang x buat gaya tu pun senggeng ke tepi gak..macam nak terbang gak..klakar pun ada..hahaha..

ok..sekarang kita mengtag orang lain plak..
imah
noni
tiqah

hahaha..orang sama yang kena tag..padan muka korang..

so cik epal, agak-agak, leh menang ..? hahaha..

Thursday, December 23, 2010

siswa kena tangkap hina sultan

KUALA LUMPUR: Ilmu dalam bidang multimedia dimiliki seorang bekas pelajar sebuah pusat pengajian tinggi disalahgunakan apabila dia cuba mencetuskan huru-hara dengan menghasilkan artikel ‘sultan yang setan’. Suspek yang bermaharajalela melalui laman sosial Facebook sejak lebih lima bulan lalu, bagaimanapun diberkas polis, baru-baru ini.Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata tindakan diambil pihaknya selepas menerima aduan berhubung pihak tidak bertanggungjawab memaparkan komen yang mempunyai unsur menghina institusi raja melalui Internet.

Menurutnya, suspek yang menggunakan e-mel Pendekar.bentan@gmail.com sengaja menghasilkan artikel mencerca institusi terbabit dengan tajuk ‘sultan yang setan’ sejak lebih dua bulan lalu.“Hasil lima laporan polis yang diterima, polis Bukit Aman menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan selain berusaha menjejaki suspek yang memaparkan komen menghina berkenaan.
“Hasil siasatan, polis berjaya menjejaki rumah suspek berusia 40-an terbabit di ibu kota sebelum memberkas lelaki itu pada 29 November lalu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam. Menurutnya, polis yang menjalankan pemeriksaan lanjut merampas empat komputer riba, lima telefon bimbit, alat pengecas, CD-Rom dan wireless router yang digunakan untuk menyebarkan komen terbabit.

“Polis yakin suspek yang pakar dalam teknologi maklumat menyalahgunakan kemahiran bagi mencuri maklumat dan menyamar individu lain.“Tindakan jenayah itu yang dipercayai dilakukan dengan menceroboh wireless router milik pengguna Internet lain sebelum menciplak identiti pemilik asal bagi mengelakkannya dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit yang menyamar menggunakan akuan milik orang lain untuk menyebarkan hasutan terbabit tidak didalangi mana-mana parti politik.“Siasatan polis mendapati lelaki itu mempunyai idea dan cuba memperjuangkan idea terbabit. Hasil siasatan mendapati suspek ahli pertubuhan yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup.

“Dia melakukan kerja itu bersendirian dan motif hasutan terbabit lebih kepada agenda peribadi,” katanya.Beliau berkata, sehingga kini, tiga lagi suspek diambil tindakan sama dan ditahan kerana menyebarkan artikel berbentuk hasutan atau fitnah di Internet.

“Saya menasihatkan orang ramai dan pengguna Internet supaya berhati-hati terhadap maklumat diri yang dipaparkan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mencuri dan menyamar.“Oleh itu, pengguna Internet perlu memastikan alatan wireless router yang digunakan dimatikan jika mereka tidak menggunakan Internet. Ini bagi mengelakkan maklumat mereka mudah dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, pengguna laman sosial Internet juga diberi amaran supaya tidak menulis perkataan yang mempunyai unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
“Mereka perlu lebih beretika dan bertanggungjawab terhadap setiap komen di dalam Internet. Paling utama, polis mempunyai keupayaan untuk menyiasat kes seumpama itu termasuk peralatan elektronik lain yang digunakan untuk menyebarkan fitnah,” katanya.

sumber : myMetro

adoi la..ada gak orang cmni..dah la siswa..klu siswa, maknanya ko blaja tinggi gak la kan..tapi nape la ko g buat bende-bende yang x berfaedah ni..dah la nama ko letak terang-terang hina sultan..adoi la..no komen la akak..sendiri fikir la..
 
:: sila gunakan fb anda dengan sebaik-baiknya yer.. :)

jom join ; BLOGLIST SHARA 2011

macam biasa.. mula-mula kena letak gambar dulu kan.. :)


saya nak join bloglist shara sebab shara ramai follower..mane la tahu nnt leh kenal-kenal ngn follower shara sume tu.. boleh tambah-tambah kawan-kawan kan..kan..pastu, leh gak nnt jadi glamer cam shara ni..kekeke..gile glamer lak aku nih..

cik shara.. sila letakkan saya dalam categori gadis idaman k..kalau ada kategori gadis kiut, saya lagi prefer dok sana..kekeke..



leh jadi gadis idaman ke camni..? hahaha.. gelakkan diri sendiri.. :D


SEGMEN JOM BERKENALAN

tadaa.. first time aku join buat bende ni.. hehehe..
jom kita join segmen berkenalan sesama rakan-rakan blogger
segmen ni dianjurkan oleh Loqman Hakim

ok..mula2, kena letak banner utk segmen ni dulu..



ok..banner dah letak..sekarang, meh kita jawab soalan-soalan dia lak k..hehe.

Soalan-soalannya adalah....

-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit

single.. dah single, xde pape la kan nak kena cite..hehe..

-Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

ok.. saya ni masih student.. umur pun baru 22 satu bulan..skarang masih blajar kat UiTM shah alam..dah masuk tahun akhir dah pun.. :)



-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..

erm.. ila haliqa ni blog berbentuk peribadi je.. byk cite pasal diri aku..


-Apa pandangan anda tentang dunia blog?

blog ni bagus gak.. nak-nak kalau blog berbentuk ilmiah..banyak benda yang kita dapat dari bloger-bloger ni..nak donlot cite pun bole..melalui blog gak, kita dapat merapatkan silaturahim sesama bloger.. :P

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..

saya menyokong sepenuhnya sape-sape yang nak buat blog ni..sila teruskan usaha anda untuk menjadi blogger yang berjaya..yeah!


-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

blog ni unik sangat sbb korang leh kenal saya.. kat blog lain, korang x kan kenal sape nur aqilah..wee.. :D

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
hopefully, sampai bila2.. sebab nanti dah tua, nak bukak balik blog ni dan imbas balik semua memory masa muda-muda remaja ni..hahaha..

ok.. sekarang, nak tag rakan-rakan bloger..

dah siap..! SELAMAT BERKENALAN SEMUA :)


Wednesday, December 22, 2010

Aujinz yang baek hati

wah..dua post aku sal si Aujinz ni malam ni..
baru aku perasan..dia ada buatkan button untuk aku..
rasa bangga.. ngeh..ngeh..ngeh..

kiut kan..  *dalam 6 org tu,button aku je kaler gold* ^.^

button ada nama blog aku ni, aku je yang ada taw..ok..tipu..Aujinz kasi kat dua tiga empat lima ++ org lagi la button ni..hehehe..maceh ye en Aujinz..len kali, rajin-rajin lukis n tulis blog tu k.. jangan lupa update status kt fb tu gak..hehehe..

:: pst..bila nak buat my confession..? hahaha.. :P

Tuesday, December 21, 2010

pilihan aku..

kalau korang tanya aku..dalam banyak-banyak blog, blog sape paling aku suka..
aku dengan yakin nya akan bagitaw..
before ni aku dah bgtaw sal blog dia kt post ni
sebab aku suka kartun dia dan isi-isi dalam blog dia..
sangat-sangat la nice..
x caya, pergi la tengok..
tapi, jangan jatuh hati taw ngan Que..
si Que tu dah jatuh hati ngn orang len..kekeke..



tengok la aku tu..sibuk nak komen gak..haha..

siap like page clueless mumble kat fb lagi taw..ngee.. :D
*ye..aku poyo pakai spek tu*

:: blog-blog yang aku link kat tepi tu pun aku suka gak.. korang memang terbaik.. :)

Monday, December 20, 2010

pipit..oh..lesung pipit..


 cantik luar cantik dalam cantik dengar sini.
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi.
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
                                                   Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit"


..mula-mula, kita nyanyi lagu senyum dulu..
..pastu, baru kita senyum..
..haa..ada lesung pipit x yang kluar?..
..aku nak cubit ni..
hehehe

korang tahu tak lesung pipit tu ape..? ala.. mesti semua dah tahu kan.. kan.. tapi nak bagitahu gak kat sini.. hehe.. lesung pipit tu, yang lubang yang korang nampak samaada kat pipi, kat tepi bibir ke, ujung mulut ke bila someone tu senyum.. tapi, ada gak orang yang lesung pipit dia dalam, sampaikan bila dia bercakap ke, makan ke, dah timbul lesung pipit dia. haa.. tu la definision lesung pipit secara tak saintifik dan syok sorang oleh dr. aqilah.. kalau korang nak tahu secara saintifik, korang google la..penat taw aku google, asyik jumpa page indon je.. haha..

korang tahu tak bagaimana lesung pipit ni terjadi? haa.. ni aku jumpa pas aku google penat-penat.



Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi

kalau korang sedar la, orang yang ada lesung pipit ni, sebenarnya cacat. tapi diorang ni, cacat yang manis.. keke.. x caya, korang tanya sape-sape je la kan.. ape pendapat dorang ngan gadis/jejaka di luar sana yang ada lesung pipit ni. mesti dorang kata someone yang ada lesung pipit ni sangat-sangat manis.. :)

macam mane nak ada lesung pipit..? senang je.. korang kena kawen ngn orang yang ada lesung pipit..nnt korang dapat la anak yang ada lesung pipit.. sebab lesung pipit ni dapat melalu genetik k.. aku dengar, lesung pipit leh gak buat melalui pembedahan.. haa.. kalau nak sangat jadi sweet, g la operate pipi tu k.. hehe..



:: aku pun gadis cacat yang manis.. : P

Wednesday, December 15, 2010

jenis tudung untuk aku

tudung ekin

ni tudung jenis maen sauk je tu. aku rasa aku x seswai kot pakai tudung ni. muka aku buruk. tapi mama ngan adik aku kata kiut je.


macam mak cik kan..?


macam mak cik yang dok dalam air. waktu ni aku g picnic ngan membe2. aku bangun lambat. terpaksa amek je tudung mak aku. huhu. nyesal pakai.

selendang

aku suka gak pakai selendang kalau dok umah. kalau dok shah alam, x tahan aku. sebab panas. nak belit-belit lagi time g class. x kuasa mak.



time lepak kat bukit raja. nak tengok harry potter. ngee..


masa g kb mall. sempat lagi aku snap picture dalam kedai orang. haha..


oh..ada lagi gmbar kontrol cun ni.. keke..

tudung bawal

tapi kan.. tapi kan. tudung bawal lagi ok. x yah susah-susah nak belit. selesa pun selesa. hehe.. paling suka, mst la kaler putih. sbb saya ni gelap..hehe..



jalan-jalan kat ict.

so, tudung cmne yang seswai ngn korang..? ala.. dun wory la.. kalau korang cantik, pakai pe pun cantik la. 

:: aku yang comot ni, kena la pandai-pandai pilih tudung yamg seswai. maen pakai kang, buruk la. ngee.. :)

Tuesday, December 14, 2010

lubuk yu


letak gambar dulu..malas nak menulis. nanti rajin, saya update k..hehe..

:: jangan marah ek.. tunggu.. :P

Monday, December 13, 2010

x sihat..

.
.
.
kepala penink
+
batuk
+
sakit tekak
+
selsma

:: sila cepat sembuh..

Sunday, December 12, 2010

kawen kawen

ujung minggu tadi g terengganu. pak sedara aku kawen. malas nak menaip panjang-panjang. letak gambar pun aci kan..? hehe..


gemok kan aku? huhu


dah siap bersiap. jom pergi masjid


uda + mak uda. smoga berbahagia. kekal hingga akhir hayat. :)


auww.. gedik gile aku. hahaha..


lastly. aku yang control cun..wekk.. :P


:: 25 hb ni kenduri kat umak atok aku plak.. pastu, balik shah alam.. abg shah alam.. saya datang..keke..