Pages

Thursday, December 23, 2010

siswa kena tangkap hina sultan

KUALA LUMPUR: Ilmu dalam bidang multimedia dimiliki seorang bekas pelajar sebuah pusat pengajian tinggi disalahgunakan apabila dia cuba mencetuskan huru-hara dengan menghasilkan artikel ‘sultan yang setan’. Suspek yang bermaharajalela melalui laman sosial Facebook sejak lebih lima bulan lalu, bagaimanapun diberkas polis, baru-baru ini.Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata tindakan diambil pihaknya selepas menerima aduan berhubung pihak tidak bertanggungjawab memaparkan komen yang mempunyai unsur menghina institusi raja melalui Internet.

Menurutnya, suspek yang menggunakan e-mel Pendekar.bentan@gmail.com sengaja menghasilkan artikel mencerca institusi terbabit dengan tajuk ‘sultan yang setan’ sejak lebih dua bulan lalu.“Hasil lima laporan polis yang diterima, polis Bukit Aman menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan selain berusaha menjejaki suspek yang memaparkan komen menghina berkenaan.
“Hasil siasatan, polis berjaya menjejaki rumah suspek berusia 40-an terbabit di ibu kota sebelum memberkas lelaki itu pada 29 November lalu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam. Menurutnya, polis yang menjalankan pemeriksaan lanjut merampas empat komputer riba, lima telefon bimbit, alat pengecas, CD-Rom dan wireless router yang digunakan untuk menyebarkan komen terbabit.

“Polis yakin suspek yang pakar dalam teknologi maklumat menyalahgunakan kemahiran bagi mencuri maklumat dan menyamar individu lain.“Tindakan jenayah itu yang dipercayai dilakukan dengan menceroboh wireless router milik pengguna Internet lain sebelum menciplak identiti pemilik asal bagi mengelakkannya dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit yang menyamar menggunakan akuan milik orang lain untuk menyebarkan hasutan terbabit tidak didalangi mana-mana parti politik.“Siasatan polis mendapati lelaki itu mempunyai idea dan cuba memperjuangkan idea terbabit. Hasil siasatan mendapati suspek ahli pertubuhan yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup.

“Dia melakukan kerja itu bersendirian dan motif hasutan terbabit lebih kepada agenda peribadi,” katanya.Beliau berkata, sehingga kini, tiga lagi suspek diambil tindakan sama dan ditahan kerana menyebarkan artikel berbentuk hasutan atau fitnah di Internet.

“Saya menasihatkan orang ramai dan pengguna Internet supaya berhati-hati terhadap maklumat diri yang dipaparkan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mencuri dan menyamar.“Oleh itu, pengguna Internet perlu memastikan alatan wireless router yang digunakan dimatikan jika mereka tidak menggunakan Internet. Ini bagi mengelakkan maklumat mereka mudah dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, pengguna laman sosial Internet juga diberi amaran supaya tidak menulis perkataan yang mempunyai unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
“Mereka perlu lebih beretika dan bertanggungjawab terhadap setiap komen di dalam Internet. Paling utama, polis mempunyai keupayaan untuk menyiasat kes seumpama itu termasuk peralatan elektronik lain yang digunakan untuk menyebarkan fitnah,” katanya.

sumber : myMetro

adoi la..ada gak orang cmni..dah la siswa..klu siswa, maknanya ko blaja tinggi gak la kan..tapi nape la ko g buat bende-bende yang x berfaedah ni..dah la nama ko letak terang-terang hina sultan..adoi la..no komen la akak..sendiri fikir la..
 
:: sila gunakan fb anda dengan sebaik-baiknya yer.. :)

4 comments:

iem said...

time ksh cik metro...
hihi

Unknown said...

haha..welcome..jgn maen lbh2 kt fb taw.. :P

Aujinz said...

FB kan dah banyak kes macam tue.. huhuhu

Unknown said...

aa..aujinz jgn salah guna taw fb tu..nama cluless mumble tu dah kiut dah k..jgn tukar dah..hehe..