Pages

Wednesday, January 6, 2016

Korea Seoul Halu Hana : Gang Gigi Sepah Di Korea



Annyeong chingguya. Meh nak sambung trip korea ni.

*Entry adalah panjang. Sila pitam*

Hari khamis,flight pukul 1am. Aku still kerja hari khamis tu. Tapi nasib baik pergi site Putrajaya. Dapat la aku chow awal sikit around pukul 5. Malam sebelum tu, dah siap prepare kemas baju semua. Bawa beg troli satu,backpack satu. 

Lepas je magrib,terus husband hantarkan pergi naik erl dekat putrajaya. Angah and alia dah tunggu dekat KLIA2 dah. Dorang tak boleh nak cek in. Nak juga tunggu aku. Haha. Sampai KLIA2 around pukul 8:30. Sampai terus pi check in dekat kiosk.

Then kami lepak dekat Texas Chicken sampai pukul 11. Makan dinner + borak-borak and baca novel. Before tu, beli air mineral sebotol and roti bun bilis 3. Air mineral tu sebab nak guna botol untuk mencuci dekat sana je. Flight takde delay-delay. Masuk je flight,terus pengsan. Tapi aku bangun banyak kali gak sebab tak selesa tido. Lenguh badan. 😢 Nasib baik takde rasa nak pergi toilet semua. Angah je yang ulang alik masuk toilet.



lepak sementara nak tunggu flight.


Sejuk dalam airport. Tu terus pakai sweter tu.
Sampai korea dalam pukul 8am waktu korea.   Beratur nak cek immigration sangat la panjang. Tension mak. Tapi aku kagum. Sebab immigration dia baik and selalu senyum. Takut gak awal-awal sebab takut tak lepas borang ke,ada sangkut pape. Time ni, ada sorang immigration perempuan yang jaga. Setiap kali kaunter kosong,dia akan panggil sorang-sorang untuk beratur ambil tempat. Time ni gak aku ngan angah cakap "kamsahamida". Dia gelak-gelak bila kitaorg cakap korea. Lepas tu bagi sticker dekat tangan aku ngan angah. *dia rasa comel kot. Sebab sticker tu untuk kanak-kanak je. Kah!*


Kitaorang tuju pintu keluar. Nampak la si Idham ni. Kami request nak masuk toilet dulu. Dah la aku jenis memerut waktu pagi. Toilet lak takde paip. Tapi aku laksanakan juga hajat aku time tu. Nasib la. Guna air dalam botol mineral je buat cuci. Hahaha. Pandai-pandai la kau bajet.

Kami tuju guesthoust kami di Myeondong. Idham tahan teksi dan jalan raya agak sibuk sebab waktu pagi,time orang pergi kerja. Scary okey pemanduan orang korea. Mau tercabut jantung tengok ahjushi bawa kereta. Ahjushi bawa kereta siap main handphone bagai. Hebak. Aku ada perhatikan, dorang bagi signal guna lampu kecemasan. Kenapa ek? 



Sampai gh dalam pukul 11. Bilik dapat tingkat dua. Nasib baik rendah. Takde la nak mengangkat dan naik tangga tinggi. Duduk Nungmaru Gh ni, dapat free breakfast and free dobi. Towel, toiletrist macam sabun shampoo semua dia sediakan. Wangi okey. Tak payah susah bawa dari malaysia dah. Kami request dekat Idham keluar lepas zohor. Zohor pun masuk awal. Dalam kol 12 lebih. Senang nak solat semua, baru syok jalan. Nasib baik idham ni rilex je. Ok la kan. Sebab kita bayar dia. Mesti la ok. Kih3.

Lepas siap solat dan mandi, kami keluar. Pergi myeondong untuk breakfast + lunch. Lunch kami dengan sundubu jigae, sotong pedas and sup yang guna bean paste tu. Aku tak tau nama dia. Kah! Rasa dia ok la. Paling win bachan dia. Sedap weh. Lada hijau dekat korea ni pedas rupanya. Menambah-nambah kami makan bachan tu.
Lepas makan, ahjumma kasi yakult free sorang satu. Kamsahamida ahjumma.

muka happy dapat yakult free. Balik dari korea, jadi hantu Yakult.

Our lunch

Kucing ni ada tiap masa dekat Myeongdong Street.

 Next destination, kami pergi Gyeongbokhung Palace. 

Naik subway line 3, exit line 5 turun stesen Gyeongbokgung

Istana ni adalah istana utama bagi zaman Dinasti Joseon. Dekat sini boleh tengok guard exchange ceremony. Kami tengok sat je. Sebab excited nak pi tempat lain. Ramai budak-budak sekolah datang buat trip. Kanak-kanak tadika pun ramai. Dalam Palace ni ada tasik dan banggunan-banggunan lama.



Time ni, aku dengan Angah tengah bergambar. Datang sorang budak korea ni, ajak bergambar. Bila kami kata 'Ok", terus dia panggil gang-gang dia bergambar ramai-ramai.

Pengawal muka ketat. Takde senyum-senyum ye.
Aku tengok cantik je minah-minah korea ni pakai hanbook. Terus ak tanya, "Unnie. Picca?". Nasib baik dia faham. Haha.

Dah bosan tengok guard muka ketat, kami tuju ke Cheonggyecheon Stream. Jalan kaki je dari palace. On the way pi sana, kami lalu la Patung King Sejong, Admiral Yi Sun Sin dan siput pusing-pusing. Kalau jumpa siput tu, maknanya korang memang akan jumpa dengan stream tu. On the way pergi, ada karnival kerjaya. So,boleh tengok la macam mana dorg buat job fair kan. Job fair buat dekat kawasan lapang kat luar je. Sempoi la. Pastu ada gak tunjuk pasal incident ferry kat jeju tu. Sampai sekarang dorang tengan bersedih. On the way, ada booth untuk try hanbook free. Boleh ambil gambar and bayar 4k won untuk frame gambar and gambar siap cuci. Kami beli sorang satu.

Patung King Sejong

Cheonggyecheon Stream



Pasal sejarah Cheonggyecheong Stream ni, tak payah la cerita kan. Memang dah berlambak orang bercerita kat blog. Tapi dok kejap je dekat Stream ni. Sebab masa tu dah pukul 2 lebih kot. Kami takut lambat nak pi Insadong. Sekadar ambil gambar ala kadar je. Tapi sebab agak penat berjalan, kami singgah Two Some Coffe. Aku tak beli coffe. Aku beli milkshake. Cuaca tengah sejuk, kau pergi minum ais blended. Kau mampu. Hahaha. Alia minum coffe and angah minum ais leomonade.

Chocolate Milkshake
 Next destination is Insadong Street Culture. Kat sini pun kami jalan kaki je. Rupa-rupanya, dia dok dalam kawasan yang sama je. Tapi merangkak gak la nak berjalan. Kaki dah start sakit time dok Stream lagi. Tapi aku gagahkan juga sebab tak nak spoilkan keadaan. Kawasan ni memang banyak jual barang-barang handmade. Ada buku nota, keychain, cenderahati and etc. 

Banyak gerai-gerai yang jual karangkraf kat tepi jalan

Kat Insadong, kami tuju banggunan Ssamziegil Mall. Ala. Ini lah mall yang unik takde tangga tu. Korang jalan je balkoni dia, tengok-tengok "eh, kita dah berada dia tingkat dua ye :D ". Angah yang nak masuk. Sebab area atas mall cantik. So menapak la kami panjat mall untuk ke tingkat atas. Memang cantik rupanya kat atas ni. Banyak port untuk bergambar. Kawasan ni juga boleh tuju Alive Museum. Kami tak masuk sebab kononnya nak pi dekat Namsam Tower *tapi hampeh takde nya pergi. Sebab semua orang lupa*. Kawasan atas mall ni juga ada cafe-cafe kecil untuk lepak. Kami tak masuk. Lepak kawasan luar je. 

Insadong street. Tak banyak kereta. Boleh suka hati bergambar ats jalan.

Gang gigi sepah tawan Korea






Dah siap habiskan masa bergambar, next activity adalah Dinner! Awal beno kami dinner. Hahaha. Tapi dok korea ni macam tu la. Dinner awal, lunch awal.

Untuk dinner, kami tuju restoren Vegan. Memang ni restoren untuk Vegetarian people. Untuk ke sini, korang masuk Insadong 12 Gil. Masuk je lorong tu, korang jalan je straight sampai jumpa Vegan Restaurant nk. Kat sini, kami makan Jamjammyung, Jampong and Mandu. First time ni try adik beradik JJ. Hahaha. Rasa dia, sedap. Surprisingly, Jamjammyung ada rasa spagetti carbonara which is sedap. Jampong tu pula, kaler je merah. Takde la pedas sangat pun. Haha. Portion hidangan ni besar okey. Makan kongsi 4 orang. Kami dihidangkan juga dengan air herba korea. Semua orang tak suka except idham. Dia dah lama dok sini kot. Mesti la boleh blend dengan rasa dia. Hahaha. 


Siap makan, kami balik gh. Masa tu pukul 6++. Balik naik teksi. Yey. Tak payah naik subway turun naik tangga. Idham tunjuk jalan macam mana nak ke gh in case mlm ni kami nak keluar lagi. And guest what. Kami memang betul keluar. Pergi Myeondong street. Lepas siap solat magrib + isyak, terus keluar. Senang je. Sebab Nungmaru ni duduk bertentangan dengan Myeindong Street. Masuk je kawasan subway untuk lintas jalan. Hari first dah macam-macam shopping.

Aku and angah beli baju Bart. Time ni kelakar. Masa pilih-pilih baju, oppa tu marah sebab angah letak baju tak ikut susunan asal. Terus kami gabra, sambar je baju Bart tu walaupun asalnya tak nak beli baju tu. Angah ambil kaler merah, aku ambil hijau. Cis. Pabbo punya oppa. Hahaha. Selain tu, beli gak stockin yang comel-comel untuk aku and kak ai. Kasi hadiah untuk dia. Stockin Shinee lagi you. 

Sedapnya Pancake ni.


Kat bawah aku bagitahu apa yang dah aku spend untuk hari pertama. 

1. Frame gambar pakai hanbok : 4k won
2. Two some coffe: 5.5k won
3. Baju bart dari oppa garang : 13k won
4. Banana pancake : 4k won
5. Fish puff : 3k won (kongsi bertiga. Beli inti red bean, goguma and apa ntah satu lagi. Inti goguma sangat la sedap)
6. Strawberry : 8k won (kongsi bertiga)
7. Stockin : 3k won (aku beli 3 helai. Sehelai 1k won)

Habis dah pasal day hana. Adoi. Punya la panjang nak menaip. Mati lah nak sambung hari seterusnya. Nanti wa rajin, wa update entry baru ye. Hihi.






No comments: