Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

Resepi : Kerabu telur inspirasi che mat gebu


Bila kau dah jadi isteri selama bertahun, secara automatic ko akan hilang idea apa nak masak apa. This is what happen to me! Haha. Serius sakit kepala fikir nak masak apa. Bila tanya laki, laki i jawab "ikut la". Tak ke pening jadinya.

Pagi tadi, godek-godek website che mat gebu. Jumpa resepi kerabu telur. Aku macam, telur pun boleh jadi kerabu? So, pagi-pagi aku dah prepare nak masak untuk lunch. Jom. Check it out resepi. Senang sangat.

Bahan - bahan

Bahan A: Telur. Ikan bilis. Bawang. Carrot. Tomato. Telur didadar dulu. Ikan bilis goreng garing.

Bahan B: lada merah, cili padi. Belacan dibakar. Limau. Gula. Garam. Bawang putih.

Cara penyediaan

1. Sila tumbuk bahan-bahan yang perlu tumbuk.
2. Mayang halus bahan-bahan A.
3. Gaul rata bahan A and B

Siap!


Tuesday, April 14, 2015

Resepi : Karipap Sardin


Idea nak buat karipap sardin ni mai time laki aku mintak buatkan minum petang. Bahan available kat dapur limited memandangkan aku tengah oncall, so xde la keluar pergi beli barang.

Godek godek resepi kat internet, jumpa la resepi karipap sardin. Nampak senang. So, kak limah terus sinsing lengan baju, bersilat kat dapur. Moh kita usha bahan - bahan dan cara penyediannya (chef sangat aku).

Bahan-bahan

400g tepung
2 senduk minyak/butter/planta
Sedikit garam dan gula
Sejag air sejuk

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak sampai menggelegak. Dah gelegak minyak tu, masukkan ke dalam bekas yang mengandungi tepung gandum.

2. Kacau minyak dan tepung sampai texture jadi macam breadcrumb. *kacau dengan senduk kayu.kang tak pasal melecur tangan anak orang*

3. Masukkan garam dan sedikit gula dalam adunan tepung.

4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Sampai dapat texture doh.

5. Doh dibalut dalam plastic dan direhatkan selama 15 minit.

6. Dah boleh start kelim karipap.

* untuk inti sardin, just tumiskan bawang dipotong dadu. Masukkan sardin + potato yang dipotong dadu. Agak - agak dah masak, hancurkan isi sardin.





Friday, April 3, 2015

Resepi : Pajeon


Hi. Ingat lagi tak hari tu aku ada pergi dubu-dubu. Kan aku ada test dia punya pajeon. So, keesokkan hari nya, aku pun test la buat pajeon ni. Ala. Dah rasa pun sebijik jempu-jemput bawang. Senang je la aku agak bahan-bahan dia.

Bahan-bahan

Tepung
Telur
Carrot
Cendawan
Cili padi (x suka pedas, x payah letak)
Garam
Kucai
Air suam

Cara-cara

1. Potong carot,kucai sepanjang satu inci.
2. Carik carik cendawan
3. Potong halus cili padi
4. Letak dalam satu bekas



5. Masukkan tepung, telur, garam,air. Agak2 adunan dah jadi macam adunan jemput jemput.



6. Gunakan senduk. Letak dalam non stick pan.buat bentuk pancake.
7. Agak2 dah garing. Boleh balik-balikkan.
8. Siap!



Tuesday, March 17, 2015

Resepi : french toast


Malam ni makan french toast. Ni semua sebab time lunch hour kat office, aku x keluar makan. Kononnya nak diet. Lepastu, gatal tangan g scroll gambar makanan. So, diet aku hancur la sikit malam ni. Muahaha.


Bahan-bahan

Telur
Roti
Essen vanilla
Cheesedale

Cara-cara

1. Kacau telur guna garfu. Masukkan sikit essen vanilla. Kasi kurang hanyir. Masukkan gak susu. Aku xde stok susu. So, xletak la.


2. Potong 4 segi roti tu. Masukkan/golekkan dalam telur tadi.



3. Goreng dengan minyak sedikit je dalam non stick pan.

Siap!



Sunday, March 15, 2015

Resepi : ketam masak sambal


Hari tu pergi pasar borong serdang. Sempat borong buah and ketam. Ketam beli dalam 4 ekor, rm 12. Pastu peniaga tu bagi la percuma sekoq ketam. Balik kerja isnin tu, cepat- cepat drive nak balik masak. Ok la. Jom tengok cara-cara masak ketam ni.

Bahan-bahan:

Ketam
Halia
Asam keping
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
Cili kisar
Telur
Gula garam ajinomoto

Cara-cara

1. Ketam kena rebus bersama asam keping and halia untuk hilangkan hanyir. Rebus ketam sampai ketam masak iaitu sampai badan dia merah

2. Kisar bawang merah, bawang putih halia.

3. Dalam kuali besar, masukkn sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar n cili kisar sampai pecah minyak.

4. Masukkan air rebusan ketam sikit. Masukkan ketam yang sudah direbus.

5. Bila kuah dah nampak pekat, masukkan telur yang dah dipukul sedikit terlebih dulu. Bila dah masak sikit dalam kuali, baru kacau telur tu

Siap! Silalah menjamu selera n menjamu mata.









Resepi : Aiskrim malaysia aka aiskrim asam boi



Resepi paling senang.

Bahan-bahan:

1. Air
2. Gula
3. Asam kaler merah

Cara- cara

Buat air gula. Masukkan asam dalam air gula. Biar je dalam lebih kurang sejam. Biar rasa sebati.then, boleh la masukkan dalam bekas aiskrim tu. Letak dalan tempat sejuk beku. Esok dia boleh la ko makan.





Thursday, February 3, 2011

spagetti time


post kt bawah ada bagitaw kan aku nk buat spagetti.. so, malam ni, pas magrib tadi, buat la spagetti.. terbaek wok.. hahaha.. buat satu paket spagetti.. kuah pn banyak.. makan dua pinggan sorg.. ok.. saya taw saya gemok.. tp x kisah la.. sebab lapar sgt dan lama dah x makan.. so, abaikan rasa ingin kurus itu malam ni.. yang penting, gemok kenyang.. hahaha..

ok.. ni nak kasi resepi buat spagetti ni..

bahan- bahan

A
sepeket spaghetti
margerin / olive oil

B
daging kisar
sayur campur
capsicum
carrot
tomato puri
tomato
prego
 cili giling
adik beradik bawang

cara membuatnya

1. rebus air satu periuk.. letak margerin atau olive oil.. rebus spaghetti smpai masak..

2. tumis bawang.. masukkan cili giling.. masak sampai naik minyak.. *jangan ko lak tnggu smpai naik minyak*

3.  masuk daging kisar.. masak sampai empuk..

4. masukkan prego, tomato puri kacau sampai sebati..

5. masuk sayur campur , tomato dan adik beradik sayur yang lain.. tnggu sampai masak..


kuah si spaghetti.. yummy + pedas..

mrs spaghetti...

apa lagi kan..jom makan.. :D

satu pinggan untuk saya.. :D

 selamat mencuba ye.. pasti korang makan dua pinggan macam aku gak.. ngeh..ngeh..ngeh.. :D