Monday, February 15, 2016

Korea Seoul Halu Tho : Gang Gigi Sepah Di Korea



POST CONTAIN A LOT OF PICTURES.


Day tho. Hari ni kami serang Nami Island! Semangat tahu kami nak pi sini. Tempat pengambaran winter sonata. Ni drama series yang meletop zaman-zaman i muda remaja. Semalam Idham dah bagitahu yang tiket tren dia tak beli. Dah habis. So,esok beli tiket biasa (maksud dia,takde seat). Huhu.

Hari ni bangun awal. Macam biasa. Pukul 8:30 bangun. 9:30 dah siap. Waktu2 ni adalah waktu korea. Haha. Hari ni pakai baju patik. Beli dekat kawan alia.

Bangun and makan breakfast dalam bilik je pun. Malas nak turun bawah. Idham lambat sikit hari ni. Hari ni dia mai bawa tunang dia. Kak effa. Dorang sampai,dorang makan breakfast dulu. Alia tak turun lagi time ni sebab dia siput kan. Hahaha.





Gerak naik subway dekat Myeondong. Sempat singgah beli Deli Manjo. Share duit bertiga. Sedap makan panas-panas. Boleh terbakar lidah. Banyak gak kami beli. Tapi still lapar. Exit dekat subway mana ntah untuk ke nami ni. Tapi tren kami lambat. Pukul 10 kot kalau tak salah. So,kami pergi mart beli triangle kimbab tuna, susu pisang strawberry and coffee untuk angah. Yang ni aku belanja.






Tren sampai. Time nk kami dah berarur siap-siap kat depan. So boleh duduk dekat kerusi yang luar. Nasib baik. Sebab jauh gak perjalanan kali ni. Sejam lebih kalau tak silap. Sepanjang perjalanan, cantik sangat sebab daun-daun banyak dah tukar kaler.

Sampai je Gapyeong Station lebih kurang 45 min, dah terasa sejuk. Memang sejuk bagi orang yang tak tahan sejuk macam aku ni. Keluar stesen, kena naik bas/teksi lak. Kami pilih teksi. Takde jauh sangat pun jarak antara stesen tren dengan Nami Island ni. Teksi hanya boleh naik 4 orang. Idham kena naik teksi lain.




Ahjushi bawa kami jalan short cut. Kak effa dah cuak. Nasib baik selamat sampai. Dia bawa jalan short cut sebab jalan jem. Pandai ahjushi. Bayaran untuk satu teksi 6k won. Ramai gila orang dekat Nami island. Tunggu Idham sampai and dia sampai, terus beratur beli tiket. Kami pusing-pusing kawasan sekitar sambil bergambar.




Boleh naik zip wire ni gak kalau tak nak naik ferry



Siap je beli tiket, kena beratur lalu immergresen. Harga feri 8000won/ rm 24. Takde la immergresen sangat pun. Hihi. Sempat photobomb pelancong-pelancong dekat depan. Sebab lama sangat menunggu. Feri mai je, kami terus tuju naik atas. Bergambar dekat atas lak. Padahal jarak terminal dengan island sekangkang kera je pun.

Ramai sangat orang. Kena beratur panjang nak naik.




Nami island cantik sangat. Daun semua kaler kuning and merah. Lepas tu, kami tuju restoren yang jual nasi goncang tu. Sedapnya. Rasa dia macam makan nasi goreng sardin. Keluarkan sambal ikan bilis yang kami bawa dari rumah. Nak goncang, kena pakai sarug tangan. Dah pakai sarung tangan pun, bekas dia still panas.








Pastu pergi solat dekat surau. Surau sebelah je dengan kedai nasi goncang ni. Surau dekat nami island ni menyediakan telekung. Kagum aku. Surau bersih telekung bersih. Takde bau kepam ok. Yang tu penting. Haha. Lepas siap solat, start jalan-jalan and bergambar. Idham and kak effa tinggalkan kami kasi can kami bergambar puas-puas. Dorang pergi minum coffe.




Buku yag disusun tinggi-tinggi. 

Lakonan semata-mata

Jom layan gambar-gambar lak.


Nak bergambar dengan Jung Sang and Yoo Jin kena beratur.


















Baby ni suka main dengan Angah and Alia. Sebab dorang gile. Haha.

Time ambil gambar ni, ada ahjushi curi ambil gambar kitaorg. Ahjushi tu macam pervert sikit. 

Ahjumma ajak kami bergambar. Vouge okay.












Time balik, panjang gile orang beratur untuk naik ferry. Dalam sejam lebih gak la. Masa beratur tu, ahjumma tegur alia. Pastu dorang kata muka alia kecik. Haha.



Dinner kami layan rabbuki dekat sindang dong. Sedap. Ttok dia tak sama dengan yang dekat malaysia. Nyum-nyum. Idham order kimbab gak. Tapi tak kena dengan selera kami. Kami layan rabbuki je malam ni. Balik tu, naik bas. Seronok naik bas. Bas dekat korea laju. Ontime. Sebab dorang ada line untuk bas. So, bas takde berebut dengan kenderaan lain. 

Masa balik. Cantik pokok-pokok kuning, merah.




Alia suka sangat makan pickles kuning tu

Yummy.


Satu periuk kongsi ramai-ramai. Banyak ingredian dalam tu. Udang, fishcake, rice cake, ramyeon, kepah, apa ntah lagi. Banyak la yang penting. Haha.



Wajib bergambar sini kalau mai makan 


Sampai Myeondong, singgah tapau pancake, kebab dengan egg bread. Kebab dia perghh. Pedas yang pelik. Angah makan tak habis pun. Egg bread tu pun aku tak suka sebab makan time dia dah sejuk.

Aiskrim sedap

Kureng. Maybe makan time sejuk. Alia suka makan ni.

Angah gigit sikit je. Pastu tinggal. Pedas sangat. Haha.


Expenses:

1. Kimbab
2. Susu strawberry
3. Barista coffe

4k won

1. Egg bread * 2 = 4k won
2. Banana pancake = 4k won