Tuesday, March 31, 2015

JJCM : polperro steakhouse


Hai. Weekend tadi aku and my hubby pergi shah alam. Hajat hati nak pergi ambil baju yang aku jahit. Tapi kedai lak tutup. So, pusing g tengok wayang kat bukit raja. Dinner,kami serang polperro steakhouse kat seksyen 7 shah alam.

Selalu aku mai sini, xpernah kedai dia kosong. Asyik penuh je. Nasib baik dapat kerusi meja untun dinner. Sebab previous aku mai, kena balik tanpa makan. Sebab orang ramai sangat. Sob.sob.

Mine. Sizlling steak. Sedap.nyum!

Yabang. Sedap gak. Macam2 lauk ada.cuma sejuk sikit.sos je panas. Kuikui.

Saturday, March 21, 2015

JJCM: Dubu - dubu



Hari ni arah tuju kami adalah mid valley. Tujuan utama adalah nak try makan kat dubu-dubu (bajet korea la kami). Hahaha.

Sampai je sana, kitaorang order sundubu jigae seafood, sundubu jigae beef, bibimbap and pajeon.

Bagi aku, langsung tak kena dengan tekak aku. Terutama sundubu seafood. Sebab rasa dia plain sangat. Sundubu beef sedap. Bibimbap pun tak sedap.haha. pajeon pula adalah cucuq bawang bagi kami.

Sundubu jigae seafood

Sundubu jigae beef

Bibimbap

After. Tengok la. Sundubu beef je yang habis



Pajeon yang rasanya macam cucuq bawang

Tuesday, March 17, 2015

Resepi : french toast


Malam ni makan french toast. Ni semua sebab time lunch hour kat office, aku x keluar makan. Kononnya nak diet. Lepastu, gatal tangan g scroll gambar makanan. So, diet aku hancur la sikit malam ni. Muahaha.


Bahan-bahan

Telur
Roti
Essen vanilla
Cheesedale

Cara-cara

1. Kacau telur guna garfu. Masukkan sikit essen vanilla. Kasi kurang hanyir. Masukkan gak susu. Aku xde stok susu. So, xletak la.


2. Potong 4 segi roti tu. Masukkan/golekkan dalam telur tadi.



3. Goreng dengan minyak sedikit je dalam non stick pan.

Siap!



Sunday, March 15, 2015

Resepi : ketam masak sambal


Hari tu pergi pasar borong serdang. Sempat borong buah and ketam. Ketam beli dalam 4 ekor, rm 12. Pastu peniaga tu bagi la percuma sekoq ketam. Balik kerja isnin tu, cepat- cepat drive nak balik masak. Ok la. Jom tengok cara-cara masak ketam ni.

Bahan-bahan:

Ketam
Halia
Asam keping
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
Cili kisar
Telur
Gula garam ajinomoto

Cara-cara

1. Ketam kena rebus bersama asam keping and halia untuk hilangkan hanyir. Rebus ketam sampai ketam masak iaitu sampai badan dia merah

2. Kisar bawang merah, bawang putih halia.

3. Dalam kuali besar, masukkn sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar n cili kisar sampai pecah minyak.

4. Masukkan air rebusan ketam sikit. Masukkan ketam yang sudah direbus.

5. Bila kuah dah nampak pekat, masukkan telur yang dah dipukul sedikit terlebih dulu. Bila dah masak sikit dalam kuali, baru kacau telur tu

Siap! Silalah menjamu selera n menjamu mata.









Resepi : Aiskrim malaysia aka aiskrim asam boi



Resepi paling senang.

Bahan-bahan:

1. Air
2. Gula
3. Asam kaler merah

Cara- cara

Buat air gula. Masukkan asam dalam air gula. Biar je dalam lebih kurang sejam. Biar rasa sebati.then, boleh la masukkan dalam bekas aiskrim tu. Letak dalan tempat sejuk beku. Esok dia boleh la ko makan.