Pages

Sunday, March 15, 2015

Resepi : ketam masak sambal


Hari tu pergi pasar borong serdang. Sempat borong buah and ketam. Ketam beli dalam 4 ekor, rm 12. Pastu peniaga tu bagi la percuma sekoq ketam. Balik kerja isnin tu, cepat- cepat drive nak balik masak. Ok la. Jom tengok cara-cara masak ketam ni.

Bahan-bahan:

Ketam
Halia
Asam keping
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
Cili kisar
Telur
Gula garam ajinomoto

Cara-cara

1. Ketam kena rebus bersama asam keping and halia untuk hilangkan hanyir. Rebus ketam sampai ketam masak iaitu sampai badan dia merah

2. Kisar bawang merah, bawang putih halia.

3. Dalam kuali besar, masukkn sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar n cili kisar sampai pecah minyak.

4. Masukkan air rebusan ketam sikit. Masukkan ketam yang sudah direbus.

5. Bila kuah dah nampak pekat, masukkan telur yang dah dipukul sedikit terlebih dulu. Bila dah masak sikit dalam kuali, baru kacau telur tu

Siap! Silalah menjamu selera n menjamu mata.









No comments: