Sunday, October 4, 2015

Boat Noodle : Jaya School


Actually, aku dan office mate pergi Boat Noodle ni last month. Baru je nak update. Aci tak. Haha. BTW, tadi aku dalam process cleaning entry-entry lama yang childish tu. Aku baca pun meremang bulu roma (sindrom tua).

Mula-mula plan pergi boat noddle sempena farewell syamira. Dia nak berhenti kerja sebab nak kerja area rumah. Lagipun, position aku tu tak sesuai untuk orang ada anak kecil. Aku pun memang galakkan dia berhenti. Sebab kesian dia duduk jauh sangat. Kat Klang. Nak ulang alik datang ofis dekat PJ ni. Memang bercinta la.

Ok. Before ni aku dah pernah pergi boat noodle dekat Aroi Thai, Cyberjaya. Kali ni test Bat Noodle  dekat Jaya School tu.

Kalau korang parking B1 kalau aku x silap, masuk je pintu masuk, memang terus nampak signboard bat noodle ni. Jon check apa yang kami makan hari tu. Zass.

Dekat boat noodle ni, ini je menu yang dia sediakan.

Teh Ais dia mengancam. Sedap sangat. Bekas air tu boleh bawa balik.

Chicken meatball. 5/5.

Dessert ni rasa macam tepung pelita. Sedap.

Yum Mama. Salah order. Rasa macam som tam. Tak habis pun.

Popeye's Tempura. Sedap. Buat kudap-kudap 


For conclusion, bagi aku, makanan dia sedap. Servis pun takde la lambat sangat. Cuma kalau makan, kena makan cepat-cepat. Sebab ramai orang beratur dekat luar. Nak makan sambil lepak pun tak dapat. Sebab orang dok perati je. Maybe dorang fikir, bila la minah-minah ni nak habis makan.

Tips: Datang awal. Kalau tak, beratur panjang le nak makan ni. :)


Post a Comment