Tuesday, March 17, 2015
Resepi : french toast
Malam ni makan french toast. Ni semua sebab time lunch hour kat office, aku x keluar makan. Kononnya nak diet. Lepastu, gatal tangan g scroll gambar makanan. So, diet aku hancur la sikit malam ni. Muahaha.
Bahan-bahan
Telur
Roti
Essen vanilla
Cheesedale
Cara-cara
1. Kacau telur guna garfu. Masukkan sikit essen vanilla. Kasi kurang hanyir. Masukkan gak susu. Aku xde stok susu. So, xletak la.
2. Potong 4 segi roti tu. Masukkan/golekkan dalam telur tadi.
3. Goreng dengan minyak sedikit je dalam non stick pan.
Siap!
Sunday, March 15, 2015
Resepi : ketam masak sambal
Hari tu pergi pasar borong serdang. Sempat borong buah and ketam. Ketam beli dalam 4 ekor, rm 12. Pastu peniaga tu bagi la percuma sekoq ketam. Balik kerja isnin tu, cepat- cepat drive nak balik masak. Ok la. Jom tengok cara-cara masak ketam ni.
Bahan-bahan:
Ketam
Halia
Asam keping
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
Cili kisar
Telur
Gula garam ajinomoto
Cara-cara
1. Ketam kena rebus bersama asam keping and halia untuk hilangkan hanyir. Rebus ketam sampai ketam masak iaitu sampai badan dia merah
2. Kisar bawang merah, bawang putih halia.
3. Dalam kuali besar, masukkn sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar n cili kisar sampai pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan ketam sikit. Masukkan ketam yang sudah direbus.
5. Bila kuah dah nampak pekat, masukkan telur yang dah dipukul sedikit terlebih dulu. Bila dah masak sikit dalam kuali, baru kacau telur tu
Siap! Silalah menjamu selera n menjamu mata.
Resepi : Aiskrim malaysia aka aiskrim asam boi
Resepi paling senang.
Bahan-bahan:
1. Air
2. Gula
3. Asam kaler merah
Cara- cara
Buat air gula. Masukkan asam dalam air gula. Biar je dalam lebih kurang sejam. Biar rasa sebati.then, boleh la masukkan dalam bekas aiskrim tu. Letak dalan tempat sejuk beku. Esok dia boleh la ko makan.
Friday, June 14, 2013
Nur Alisha Damia
Assalamualaikum
Gila lama tak conteng blog. Fuh.. Fuhh. Sapu habuk sikit.
Nur Alisha Damia. My first nephew. Angah selamat melahirkan puteri comel ni pada 30/5/2013. Argh.. Tengok je baby, rasa nak ada baby. Tapi takut nak beranak. Aci tak? Haha. Sempat la rasa semalaman duduk rumah angah bermalam dengan si bibi. Dan start juga belajar pegang baby. Before ni takot nak pegang baby. Maybe sebab rasa sayang sangat dekat Damia ni. Rasa nak gomol-gomol je.
Thursday, January 10, 2013
Album Kawen Dah Dapat
![]() |
| Tiga tahun kenal, berjaya juga mengikat ikatan antara kita. |
Dapat gak akhirnya album kawen. Minggu lepas pergi shah alam. Photographer wedding aku adalah member kepada my husband. So, kira dapat murah. Harga member la kan. RM 1500 dapat satu sory book, satu sticky album yang besar, dua album kecil untuk gambar bersaiz 4R dan satu frame gambar 8R. Muahaha.
Pst : Selepas dua bulan kawen, baru berjaya panggil abang. Yippi!
Thursday, January 3, 2013
Coret Coret 2012
January : Time ni sedang mempersiapkan diri menghadapi presentation FYP. Sangat-sangat scary. X sanggup nak melaluinya dah. Sebab tu takde hati nak sambung master. Pfft! Nasib baik dapat la juga gred B. ahahaha
![]() |
| Ou thesis |
![]() |
| Muka penat baru balik interview TM |
March : Start kerja dengan TD. Mama, abah, alia, atok pergi umrah. =)
![]() |
| My Kesayangans |
April : My engagement day. Dah cite kat sini
![]() |
| My E-Day |
Mei : Angah nikah
![]() |
| Luv both of u |
Jun : Aku disahkan jawatan. Position as software developer at TD
![]() |
| SD to TD |
July : Puasa~~
Ogos : Raya kat perak. Kali ni tanpa angah
![]() |
| Rayer! |
October : Keluar jumpa rakan-rakan setelah lama x jumpa.
![]() |
| We |
November : Aku nikah. Ada cite sikit kat sini . Kalau ikutkan, banyak lagi nak cite pasal nikah tu, tapi perasaan malas menguasai diri. hehe.
![]() |
| Luv Luv Luv |
Disember : Sebulan dah kawen time ni. Sangat la happy. Tiap masa nak tengok muka suami je kalau boleh. hehe. Oh. Aku balik terengganu. Uruskan hal kawin kat terengganu. Hujan lebat sangat. X behenti. First time tengok suasana banjir. Sangat scary. Rasa macam bawa bawa kete kat tengah laut perasaan dia. Kalau kau terbabas sikit, mungkin x panjang umur. haa.. Macam tu la scary perasaan aku time tu.
![]() |
| Steamboat time |
So, Welcome 2013! Semoga kita lagi bahagia. Bertambah gembira dan success pada 2013 ni!
Friday, December 21, 2012
Weekend with Luv!
malas rasa nak menaip entry. tapi, takut semua kenangan jadi terkubur macam tu je. tak pe lah. letak gambar pun kira aci je kan? =P
sebenarnya, mama, abah dengan alia ada datang rumah aku minggu lepas. so, kitaorg pergi bukit cerakah. sebab alia teringin sangat nak pergi. samapi je sana, orang ramai gile. so, terpaksa jalan kaki je. tapi bukan jalan kaki pusing satu tempat. kesian mama ngan abah aku kalau pusing satu bukit cerakah tu jalan kaki je. so, enjoice the picture!
malam before tu pergi makan steamboat kat D'Kyangan kat Shah Alam. Aku dengan angah belanja. Bukan selalu kan. Moga-moga selepas ni dimurahkan lagi rezeki.amin..
esok balik terengganu. nak tengok baju kawin. kenduri belah laki raya cina ni. susah hati ok. sebab badan dah jadi gajah ni.pftt!
Wednesday, November 21, 2012
Alhamdulillah
Alhamdulillah. Tepat jam 11 ++ am, aku dah sah bergelar seorang isteri kepada Ahmad Bakhtiar Ibrahim dengan sekali lafaz. Sekarang dah masuk tiga minggu kawen. Perasaan dia? Happy. Bahagia. Ada partner yang boleh bergurau tiap masa, time sakit, dia tolong jaga. Oh. Sangat seronok ok.
![]() |
| masa tunggu akad nikah w my luvly twin |
![]() |
| Hasben buat muka kiut. pftt! haha |
Tiga hari lepas akad nikah, balik rumah mertua kat terengganu. Sempat singgah makan ikan celup tepung. Nyummy!
pst: x biasa lagi panggil abang. cmno ni? mak aku dah tegur kata x elok bersaya awak dengan suami. huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)





























