Saturday, April 4, 2015

Kedai kek afrina



Kisahnya, aku jumpa kedai kek ni tahun 2013. Masa tu dok pusing-pusing kawasan rumah nak cari birthday cake untuk abah. Terjumpa la kedai kek afrina ni. Time ni dia still jual kek dalam fridge.

Aku beli kek coklat moist. Kek coklat moist dia memang sangat -sangat la moist. Dengan coklat ganace dia, memang sangat yummy.

Kali kedua, aku beli saja2. Still beli kek coklat moist. Siap bawa balik kampung kat kelantan. Sebab angah and alia dok teringat kat kek yang moist tu. Last- last, tertinggal kat rumah mertua dekat terengganu. So, gigit jari je la dorang. Haha

Next purchase , time anniversary aku tahun lepas. Kali ni order black and white russian cake. Kek ni la paling top list. Harga pun boleh tahan ye akak-akak. Rm120. Kek dia besar, moist. Krim dia sedap. Rasa coffee yang tak ketara. Pendek kata, supperb la.

Semalam birthday my hubby. Still order kek yang sama. Sebab sedap sangat. So, kalau korang nak order kek dengan dia, pergi terjah blog dia sini

Lepas ni, nak try kek lain pulak. Dia pun pandai buat kek 3d semua ok.






Post a Comment