Tuesday, April 14, 2015

Resepi : Karipap Sardin


Idea nak buat karipap sardin ni mai time laki aku mintak buatkan minum petang. Bahan available kat dapur limited memandangkan aku tengah oncall, so xde la keluar pergi beli barang.

Godek godek resepi kat internet, jumpa la resepi karipap sardin. Nampak senang. So, kak limah terus sinsing lengan baju, bersilat kat dapur. Moh kita usha bahan - bahan dan cara penyediannya (chef sangat aku).

Bahan-bahan

400g tepung
2 senduk minyak/butter/planta
Sedikit garam dan gula
Sejag air sejuk

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak sampai menggelegak. Dah gelegak minyak tu, masukkan ke dalam bekas yang mengandungi tepung gandum.

2. Kacau minyak dan tepung sampai texture jadi macam breadcrumb. *kacau dengan senduk kayu.kang tak pasal melecur tangan anak orang*

3. Masukkan garam dan sedikit gula dalam adunan tepung.

4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Sampai dapat texture doh.

5. Doh dibalut dalam plastic dan direhatkan selama 15 minit.

6. Dah boleh start kelim karipap.

* untuk inti sardin, just tumiskan bawang dipotong dadu. Masukkan sardin + potato yang dipotong dadu. Agak - agak dah masak, hancurkan isi sardin.





Post a Comment